Jumat, 09 Maret 2012

penyakit ginjal

Penyakit ginjal adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut:
  1. membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah.
  2. menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan membuangkan yang lain.
  3. menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesehatan tulang-tulang.
Bila ginjal musnah, yang terjadi adalah:
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ?dialisis dijalankan?
Tanda-tanda penyakit ginjal
  1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
  2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  3. mengeluarkan kencing berdarah
  4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
  5. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
  6. tekanan darah tinggi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar